PENGENALAN

Selamat datang ke halaman rasmi Blogger Pantai Timur yang juga di kenali sebagai #TeamBPT.
Team Blogger Pantai Timur ini tercetus daripada idea Siti Awadah dan di tubuhkan secara rasminya pada 09 OCTOBER 2017 yang lalu. Team ini di kendalikan oleh SIS HAWA bersama SIS GEE dengan di bantu oleh seorang lagi rakan blogger yang bertindak selaku admin.

Team ini juga mengamalkan konsep bantu membantu bagi mencambahkan rasa kasih dan sayang di antara sesama ahli. Semua ahli turut di tekankan sikap saling bantu membantu dan berganding bahu bagi mendapatkan sebuah kejayaan bersama-sama.




Tujuan utama team ini ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan penulis-penulis blog yang aktif dari negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan juga Terengganu.

Sejak di tubuhkan, keahlian untuk team #BPT semakin bertambah dari hari ke hari dan di blog ini, kami ahli-ahli #BPT ingin sedaya upaya menyampaikan info yang tepat dan terkini tentang pelbagai genre untuk tatapan dan rujukan para pembaca dari seluruh Malaysia am nya. Kami juga sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin berkolobarasi dengan para blogger seperti kami.


LOGO
Warna Hitam + Merah + Putih adalah mengikut tiga warna utama di bendera negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Icon Halilintar di gunakan bagi melambangkan keadaan negeri Pantai Timur yang sering di landa musim tengkujuh manakala icon Bulan dan Bintang adalah sebagai tanda yang kami semua akan saling sayang menyayangi dan tetap bersatu seperti sebuah keluarga.


MOTO 
Kami mempunyai dua moto yang di jadikan sandaran.
1- " sek sek kita jangan pecah!"
bermaksud kami akan terus bersatu padu dan tidak akan sengaja meninggalkan team dengan sewenang-wenangnya tanpa satu alasan yang kukuh. Kami juga akan sentiasa menjalikan ikatan seperti sebuah keluarga tanpa memikirkan latarbelakang masing-masing yang berbeza dari segi umur, tahap pelajaran dan lain-lain.

2- " berudu bilis "
perkataan ini demi untuk mengingatkan kami setiap masa supaya sentiasa sedar diri. Sebagai seorang penulis blog kami berperanan untuk memberi informasi kepada pembaca bukannya untuk mengejar glamour dan keuntungan semata-mata.


SEMAK SENARAI SEMUA AHLI TEAMBPT DI SINI



Pages