Penang, Tarikan Pelancongan Terulung di Malaysia




Bila Sebut je tentang Pulau Pinang, terus terbayangkan rupa dua jambatan panjangnya yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar negeri tu. Selain tu, feri, KOMTAR dan boria juga sangat sinonim dengan negeri ni. Itu belum lagi bercerita soal makanannya yang sedap-sedap seperti pasembor dan nasi kandar.


Terus-terang, kami dah pernah ke Pulau Pinang ni banyak kali. Dah tak terkira dengan jari kata orang tapi masih lagi tetap rasa teruja untuk ke sana lagi. Apa tidaknya, negeri Pulau Pinang tu memang sangat-sangat best dan awesome okay! Pendekata, Pulau Pinang ada segalanya. Baik dari segi pemandangannya yang cantik, tempat penginapannya yang terbaik, makanan yang sedap giler dan lain-lain lagilah. Patutlah pelancong banyak yang berminat untuk menjejakkan kaki ke Pulau Pinang kan?

Jangan kata pelancong dari dalam negara, pelancong dari luar negara pun sama. Maka tak di nafikanlah kenapa Pulau Pinang tersenarai sebagai negeri yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong saban tahun. 


Dalam masa yang sama, sebagai salah seorang rakyat Malaysia, timbul rasa bertuah di dalam hati kerana dilahirkan di dalam negara yang cantik dengan pemandangan dan kaya dengan sejarah dan adat resamnya. Alang-alang bercerita tentang Pulau Pinang, meh sini nak habaq (beritahu) apakah kelebihan yang ada di sekitar negeri terbabit. 

Dah nama pun 'pulau' jadi mestilah ada laut dan pantainya. Antara pantai yang sering dikunjungi oleh pelancong adalah Batu Ferringhi, Pantai Keranchut dan juga Pantai Teluk Bahang. Di situ para pengunjung bukan hanya dapat beriadah dengan berjalan di sepanjang hamparan pantai malah dapat juga mandi manda dan melakukan pelbagai aktiviti sukan air yang ada di situ. Ini kerana, selalunya akan ada pengendali yang menyediakan beberapa aktiviti sukan air yang menarik untuk dicuba di situ. Antaranya adalah seperti Banana Boat, Parasailing, Jetski dan kayak. 


Terdapat juga penjaja yang menjual makanan ringan seperti rojak, burger, satay ikan, sotong goreng tepung dan air kelapa. Makanan yang agak berat seperti laksa juga ada. Bayangkan jika dapat berada di tepi pantai dengan bunyi air laut dan udara yang segar sambil duduk bersantai menikmati makanan di bawah pohon. Di hadapan terbentang air laut yang berombak kecil, langit yang membiru, awan yang memutih dan juga hamparan pasir yang sejauh mata memandang. Alangkah bestnya!! 

Jika nak lepaskan tekanan kerja dengan berseronok dengan rakan-rakan bolehlah melakukan sukan air yang ada dengan bayaran yang sangat berpatutan. Pada waktu malam pula, ada night market di sepanjang pantai Batu Ferringhi. Kat sini korang boleh beli macam-macam jenis souvenir pada yang harga yang sangat berbaloi. Selain laut, negeri ni juga menawarkan taman-taman dengan landskap yang indah untuk dinikmati. 

Di Bukit Bendera, korang berpeluang naik keretapi untuk ke puncak dan menikmati permandangan indah negeri ini dari tempat tinggi. Bagi yang gemarkan aktiviti mendaki, korang juga boleh pilih untuk hiking untuk sampai ke puncak. Di Penang Botanical Gardens pula, korang berpeluang untuk pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang ditanam dan dijaga dengan rapi. Terdapat juga air terjun berdekatan dengan taman tersebut. Kalau berkesempatan, bolehla korang mandi-mandi sambil menikmati air yang segar di situ. 
Bagi yang suka shopping, Pulau Pinang merupakan syurga membeli-belah buat korang. Terdapat Gurney Plaza yang terletak tidak jauh dari Goergetown dan Queensbay Mall yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang. Pelbagai outlet jenama tempatan dan antarabangsa yang ada sini. Penang Heritage Trail merupakan suatu kawasan yang telah diwartakan sebagai khazanah sejarah yang bernilai oleh UNESCO. 
  

Di kawasan ini, korang berpeluang untuk melihat macam-macam jenis bangunan yang merupakan kedai-kedai, rumah kediaman dan restoran dengan seni bina lama yang masih dikekalkan. Selain tu, korang juga akan dapat lihat banyak mural yang menghiasi dinding-dinding di kawasan ni. Kesemua mural ni merupakan hasil kerja artis tempatan dan antarabangsa.
Tu belum lagi cakap pasal makanan. Antara sajian yang wajib korang cuba di sini ialah rojak pasembor yang terdapat di Padang Kota Lama. Rojak di dah lama dikenali orang penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar. Nasi kandar juga sangat sinonim dengan Pulau Pinang. 



Antara yang paling dikenali ialah Nasi Kandar Kampung Melayu, Nasi Kandar Line Clear dan juga nasi kandar di Restoran Hameediyah. Bagi yang nak makan char kuey teow pula, korang boleh try char kuey toew Sungai Dua, Adam Char Kuey Teow dan kuey teow yang dijual di Bee Hwa Café. Jangan risau, makanan kat sini, halal, hihi. Terliur mulut ni bila bercerita tentang makanan yang ada di Pulau Pinang. Yummylicous....!!


Ohya, sebelum terlupa, untuk pengetahuan semua, korang boleh cari best flights from Kuala Lumpur to Penang pada harga yang sangat munasabah apabila korang beli tiket di laman Traveloka. Bukan tu je, kalau nak book hotel pun senang. Takde hidden charge. Korang hanya perlu bayar apa yang telah dipaparkan. Lagi best kalau korang beli time ada any special occasion, sebab akan ada promo kaw-kaw! Haish, geram je rasa, macam nak pegi lagi sekali. Hihi. 

Rasanya setakat tu dulu untuk kali ni.. InshaAllah nanti kami akan story mory lagi. Selamat berhujung minggu korang. Jumpa lagi! Tata.....


1 comment:

Pages