Penang Part 1 ♥♥ - BLOGGER PANTAI TIMUR
Do what is right, not what is easy nor what is popular.
Email : aqilahf1053@gmail.com

Breaking

Home Top Ad

Monday, 12 February 2018

Penang Part 1 ♥♥

Assalamualaikum dan hai semua ~

Tak terlambat lagi nak ucapkan tahun baru Masihi, 
yes, tak sambut pun cuma dah sistem gunakan kalendar Masihi, 
jadi kita pun tetap terasa tahun berubah kan? :)
Semoga baik baik sahaja. Semoga yang positif sahaja.

Berbalik kepada tajuk sebenar 
Hampir 2 minggu jugak merancang bersama suami, untuk ke Penang.
Dan kebetulan juga customer dia pun ajak meeting untuk project lori diecast tuu.
Haaa, serius tak faham sangat bab business dia actually. Tapi yakin apa dia buat, takde pun yang bertentangan dgn agama. Janji rezeki halal. Kan menteri suruh buat #2Kerja 
Katangnya suami aku buat #3kerja sehari. Dah lama dia start #3kerja dari sebelum kami kahwin :)
 Pagi-Tengahari kerja lain, Petang-Malam lain, dan termasuk business. 

--------proceed--------



3 Jan 2016

Malam tu pukul 9.30pm kami bertolak menaiki bas dari Kuala Terengganu-Butterworth, tiket berharga RM 46.20 sehala per pax, tiket balik pun dah beli siap siap. Suami check tiket dari Butterworth mahal sikit kata dia. Tu yang beli siap siap. Total pergi dan balik 2 orang RM184.80. Ingat nak naik flight je, tapi sayang tak ada ke Penang, malas la nak banyak songeh kena transit ke KL dulu. So bas je lah pilihan mudah walaupun lapan jam perjalanan, huhu

Sampai je di Butterworth, pukul 5 am lebih macam tuu.  
Ramai je orang sini, jadi tak takut

Bas Rapid, Keretapi KTM, dan Terminal Feri semua ada kat sini 


4 Jan 2016
Tunggu subuh pukul 6am. Terus solat subuh di surau disitu. Dalam pukul 6.45 macam tu kami bergerak menuju ke stesen feri untuk ke sebelah Pulau. Jauh juga la menapak lebih kurang 10 minit jalan kaki. Nampak je macam dekat, sekalii jauh. Hahaha
Yang jadi penatnya, naik turun tangga banyakk. Sabor ajelahh :D

Penat jalan pun, tetap nak snap picture :P
Yang kagumnya Penang ni kebanyakan tak perlu tunggu lama untuk naik public transport yang murah haa. Feri pun kejap je kami tunggu. Pukul 7 lebih macam tuu, duduk tunggu kejap je dah ada feri sampai. Tambang Feri hanya bayar RM 1.20 per pax.Tukar syiling semua duit tu. Harga tu tuk DUA HALA. MURAH KAN?
Serius murah, masa routes balik tak bayar dah tambang. 

the ferry
haa tengok tuu, motor dah siap sedia nak keluarr (feri kami ni baru nak pergi)
Jom layan view sunrise dari feri :)

1.

Cantik sangat masa ni, masih segar diingatan :)
Dalam hati penuh puji pujian kpd pencipta keindahan ni 

Tengok tuu, dari jauh tetap nampak cantik

Peace. Tenang, Aman perasaan tika ni :')
Mendarat je di terminal feri sebelah pulau ni, kami pun melilau kejap. Fikir nak pergi mana ni. Kami pun tengok ada bas CAT- stand for Central Area Transit and it's free. Bincang punya bincang, naik jela memandangkan kita pun tak kenal tempat lagi dan tak tahu nak mula dari mana ni. Hehehe. Naik jela bas tu, pusing kawasan Georgetown. Tengok bas ni bawa kami ke mana. Dan kami pakat turun di Komtar. Turunlah disitu. Kebetulan memang tengah lapar ada kedai makan kat stesen bas situ. Sarapan pagi situ banyak pilihan, kuih muih, nasi lemak, bihun dan lain lain. Orang pun ramai makan situ. Mungkin sebab atas Komtar tu ada pusat pentadbiran kot :D 

ni masa naik bas CAT pagi tu
Siap sarapan pagi, terus kami tunggu di tempat tunggu bas CAT (area komtar jugak) tempat kami turun mula mula tadi, hehe. Misi kami mencari street art di sekitar Georgetown tuu. Pada awalnya kami tak tahu nak mula dari mana, So kami pun tanya kat info centre situ. Dia bagitau kat Lebuh Pantai, haha sebenarnya lebuh pantai tu muzium 3d trick art. Tapi hari pertama tu, kami pergi cari street art je dulu. Kalau nak mudah, kalian alert kat mana bas tu turun, situlah kalian naik balik. Tak pun, senang cerita dekat mana mana bus stop akan ada bas datang. hehehe. Tapi kalau bas CAT tu, kena perhati routes dia. Nah ni laluan untuk bas percuma ni, tak semua tempat dia pergi tau! 

Laluan bas percuma CAT ni 

boleh klik gambar dan zoom :)

Take Note ya : Yang nama lebuh lebuh tu, biasanya ada street art atau pun landmark kat situ.
Contoh Lebuh Buckingham ada Masjid Kapitan Keling :)


JOM BACA ARTIKEL PENUH DI SINI :

Write by : Husniey Husain

#TeamBPT #bloggerpantaitimur

No comments:

Post a Comment