Menginap di TH Hotel Kuala Terengganu - BLOGGER PANTAI TIMUR
Do what is right, not what is easy nor what is popular.
Email : aqilahf1053@gmail.com

Breaking

Home Top Ad

Wednesday, 7 February 2018

Menginap di TH Hotel Kuala Terengganu

Assalamualaikum

Baru baru ni husniey menginap di TH hotel,  
teringin lama dah nak menginap disini sebab memang cantik,
selalu jugak tengok kat website Booking.com, Agoda dan lain lain.  
Hotel ni kalau tak silap bertaraf 4 star tau, 
Walaupun dekat je dengan umah mengada sungguh nak jugak check in sini.. 😆😂
Suasana nya tenang, islamik, banyak sangat kemudahan. Memang bestlaa
Biliknya luas, kemas 

Kemudahan dalam bilik dilengkapi :
Toileteries, hair dryer,  tv, almari, iron and iron board



Sejadah, Quran pun ada tau
Bagi yang perempuan bawa telekung solat je 



Bilik air dan tandas : 





Kemudahan lain lain di Hotel
boleh kunjungi Gym, Wellness centre

Swimming pool untuk perempuan, kanak kanak, dan lelaki berasingan.
Unik kan?
Total swimming pool ada tiga jenis


Buffet breakfast yang meriah sangat ada pelbagai jenis makanan.  
Nasi Dagang,  Nasi Kerabu, Bubur, Roti, telur, buah buahan, bijirin, air buah, air panas.  

Banyaklah lagi.. Memang puashati menginap disini.. Haha 
Selepas kami breakfast, pergi habiskan masa di gym hajatnya nak mandi tapi kolam perempuan jenis tertutup pastu takde orang,  macam tak best lah pulak kalau sorang je. . hahaha 😆




Harga bilik yang husniey dapat satu malam dengan sarapan dua orang = RM 252
Overall husniey bagi markah untuk TH Hotel, Kuala Terengganu : 8.5/10 🌸
Kalau anda singgah ke Kuala Terengganu, okay je stay sini nak ke airport pun dekat je 
Dari hotel ke pusat bandar dalam 20 minit
Pantai menarik yang berdekatan Pantai Tok Jembal, Pantai Teluk Ketapang

Boleh singgah ke kawasan pantai ni untuk makan seafood celup tepung dan lain lain




Di bawah ini husniey sertakan peta TH Hotel Kuala Terengganu sekali ye :









WRITE BY :
HUSNIEY HUSAIN
#teambpt #bloggerpantaitimur
Original entry : http://www.husnieyhusain.com/2017/10/menginap-di-th-hotel-kuala-terengganu.html?m=1

No comments:

Post a Comment