HOTEL ATSARI DI DANAU TOBA INDONESIA - BLOGGER PANTAI TIMUR
Do what is right, not what is easy nor what is popular.
Email : aqilahf1053@gmail.com

Breaking

Home Top Ad

Wednesday, 7 February 2018

HOTEL ATSARI DI DANAU TOBA INDONESIA

HOTEL AKSARI DI DANAU TOBA INDONESIA | 21 November 2017 ( Selasa) Sebelum menaiki feri ke Kampung Tomok dengan menyelusuri Tasik Toba kami telah daftar masuk ke penginapan kami terlebih dahulu. Hotel Atsari terletak berhampiran dengan jeti feri ke Kampung Tomok dan Perkampungan Batak yang kami lawati. Sangat sesuai untuk pengunjung yang mencari hotel berhampiran jeti danau toba hanya perlu berjalan kaki sahaja sebab terletak di seberang jalan hotel sahaja.


Pintu masuk ke Atsari Hotel. Rombongan kami disambut dengan penuh senyuman dan tidak perlu bersusah payah nak angkat bagasi masing-masing. Bilik yang disediakan memang terbaik, untuk rombongan kami diberi bilik yang mempunyai 2 katil single lengkap dengan kemudahan televisyen, meja solek, pemanas air, tuala dan peti sejuk.


 

Solubolon Cafe di tepi kolam renang, menyediakan makanan halal dengan harga yang berpatutan. Malam itu peluang untuk berendam tidak dilepaskan walaupun masa itu hujan renyai-renyai pada jam 10 malam. Selepas berendam menikmati pisang goreng cheese coklat yang sangat sedap di gabung dengan kopi O panas di dalam cuaca sejuk hujan adalah sangat mengujakan. Memang ummmphh..memang sedikit gila mandi kolam dalam hujan tengah-tengah malam tapi bukan selalu dapat peluang begini bersama rakan-rakan.

 
Ruang makan tepi kolam renang.


Manis sungguh senyuman pelayan cafe Hotel Atsari ni kan? Menyambut tetamu dengan senyuman di waktu pagi sebelum memulakan aktiviti seterusnya amat memberi mood baik kepada pengunjung. Menu disediakan juga pelbagai pilihan dan menarik.


Layanan mereka terhadap tetamu hotel amat memuaskan hati dan disenangi.


Sebelum berangkat kami mengambil peluang bergambar dengan kakitangan meja depan iaitu penyambut tetamu memandangkan pakaian mereka agak unik dan melambangkan budaya tempat mereka.

Nota : Seperti biasa tiada iron disediakan jadi korang boleh bagi pakaian yang korang nak iron tu pada pihak hotel je nanti korang terima pakaian korang yang dah siap iron dah.

Mahu cari hotel Berastagi Sumatera Utara Indonesia? Korang boleh KLIK SINI untuk hotel pertama yang Sha menginap. InsyaAllah perkhidmatannya memuaskan.

WRITE BY :
SHALIMAR
#teambpt #bloggerpantaitimur
Original Entry : http://www.shalimaryusof.com/2017/12/hotel-atsari-di-danau-toba-indonesia.html

No comments:

Post a Comment