Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House - BLOGGER PANTAI TIMUR
Do what is right, not what is easy nor what is popular.
Email : aqilahf1053@gmail.com

Breaking

Home Top Ad

Sunday, 11 February 2018

Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House

Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House | Cik Renex sekeluarga telah berjalan-jalan ke Kuala Terengganu. Plan ni sebenarnya dah lama kami plan. Homestay pun dah book awal-awal sebab risau semua penuh.
Tapi yang tak seronoknya, beberapa hari sebelum pergi bercuti CR demam dan pipi bengkak. Mulanya ingatkan beguk tapi rupanya kalenjar di bahagian pipi bengkak. Tu pipi membesar dengan jayanya macam pipi doraemon. CR memang takde selera nak makan dan asyik tidur je bila MC tu. CR jugak ada mengalami alahan ,kat badan penuh bintik2 macam kena ulat bulu. Gatal dia hanya tuhan yang tahu. Huhu. Yang pasal gatal-gatal ni nanti CR kongsikan dengan lebih lanjut yer. Tapi hari Khamis tu gagahkan jugak diri pergi kerja sebab dah dua hari bercuti.
CR bergerak ke Terengganu hari Khamis jugak selepas Maghrib dan CR yang drive sebab rasa badan dah okay walaupun pipi bengkak lagi. Perjalanan lebih kurang 5 jam sebab banyak kali berhenti di RnR. CR exit tol Kuala Terengganu dan terus ikot waze ke homestay yang kami tempah tu iaitu Falah Guest House. Homestay yang kami duduk ni tingkat 19 dan sangat selesa dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Sangat sesuai untuk kami berlima ni. Aircond pula disediakan untuk 2bilik.
 


Lokasi Homestay ni sangat strategik sebab dekat dengan Pantai Batu Buruk, Pasar Payang dan beberapa tempat menarik lagi. Nak jalan kaki ke Pantai Batu Buruk tu pun boleh. Mana-mana yang tak nak menginap di hotel,boleh lah try stay di homestay ni.
Untuk info lanjut berkaitan yang lain boleh dapatkan DI SINI 
 
WRITE BY : CIK RENEX
#teambpt #bloggerpantaitimur

No comments:

Post a Comment