Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Bahagian Utara Di Alor Setar, Kedah

Cabaran Raja Kuah Knorrre 2016 Bahagian Utara Di Alor Setar, Kedah | Assalamualaikum...Hai korang semua ekin harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 






Pada 3 September 2016, Unilever menganjurkan satu pertandingan memasak Cabaran Raja Kuah Knor 2016 Bahagian Utara  di Concourse AEON BIG Alor Setar, Kedah, Peserta pertandingan ini akan memenangi hadiah wang berjumlah RM144,00 yang akan menanti pemenangnya pada peserta di 4 peringkat kawasan di Malaysia dengan cabaran terakhir untuk menangi gelaran Raja Kuah Knorr.



Pertandingan ini diadakan buat pertama kali dijangka dapat memberi perhargaan untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya masakan kari, kicap dan lemak. Kini munculnya satu trend penggunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr. Untuk tahun 2016, Cabaran Raja Kuah Knorr mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah,kari, kicap dan lemak. 


Juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 

Untuk Cabaran ini, para juri terdiri daripada  Chef Selebriti Mohd Johari Edris (Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger Utara  Nor Ariffin Hamzah (lebih dikenali sebagai Cikpinz @CP) akan mengadili cabaran bagi menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Utara mengikut kriteria kebersihan, persembahan dan citarasa.  


Senarai Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 Nov 2016 di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej Umrah Eksklusif untuk 2 orang. Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut menjayakan Cabaran Raja Kuah Knorr ini.




Write by : CIK ASH
#teambpt #bloggerpantaitimur


No comments:

Post a Comment

Sidebar Ads

Pages