5 Sebab Kenapa Mesti Singgah di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu - BLOGGER PANTAI TIMUR
Do what is right, not what is easy nor what is popular.
Email : aqilahf1053@gmail.com

Breaking

Home Top Ad

Tuesday, 9 January 2018

5 Sebab Kenapa Mesti Singgah di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu

Datang ke negeri Terengganu rasanya tidak lengkap tanpa merasa angin di tepi pantai, berjalan kaki di pasir yang bersih dan juga melihat anak-anak mandi manda di tepi laut. Namun, sedihnya dah banyak tempat yang dahulunya meriah dengan kunjungan orang tempatan dan luar untuk bermandi manda, kini semuanya sunyi sepi kerana keadaan ombak dan pantai yang sangat merbahaya. 

PANTAI PANDAK YANG CANTIK DAN SELAMAT  

Pantai Pandak yang terletak di Chendering, Kuala Terengganu sudah menjadi pusat tumpuan warga tempatan, mereka yang sesekali pulang ke kampung dan juga pelancong dari negeri lain. Nak tahu kenapa Pantai Pandak semakin dikenali? Jom baca 5 SEBAB ANDA MESTI DATANG BERKUNJUNG KE PANTAI PANDAK :

1. SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Di Pantai Pandak, anak-anak kecil boleh dilepaskan untuk bermain air laut tanpa rasa bimbang kerana keadaan pantai yang landai dan selamat untuk bermandi manda. Kawasan yang dalam juga telah di sekat dengan menggunakan pukat di sepanjang Pantai Pandak, maka ianya membuatkan tempat ini agak terjamin untuk anak kecil bermain air laut.

2. MENIKMATI SUASANA KAMPUNG

Menariknya di Pantai Pandak, suasananya seperti berada di kampung sendiri walaupun kita biasa tinggal di bandar. Anak-anak tidak perlu berkejaran untuk ke taman permainan manakala ibu bapa tidak perlu melayan kerenah anak menangis kerana nak membeli permainan yang dijual. Satu keluarga akan dapat melakukan aktiviti yang sama dan juga menikmati suasana tenang dan damai sepanjang berada di Pantai Pandak. 

3. KAWASAN PANTAI YANG LUAS

Semestinya mereka yang berkunjung akan berkelah di tepi pantai sambil menikmati pemandangan air laut yang cantik. Pengunjung tidak perlu berebut tempat dengan pengunjung yang lain kerana keadaan pantai sangat luas dan bersih untuk berkelah dengan selesa.

4. LOKASI YANG STRATEGIK

Lokasi Pantai Pandai kira-kira 15-20 minit sahaja dari bandar Kuala Terengganu. Terdapat juga masjid yang berada berdekatan dengan Pantai Pandak iaitu Masjid Chendering dan Masjid Terapung. Lokasi pun tidak jauh dari jalan utama memudahkan pengunjung untuk datang di sini. 

5. PANTAI YANG BERSIH

Keadaan pantai yang bersih akan membuatkan kita yakin untuk membawa anak-anak bermain. Untuk makan di tepi pantai pun selesa dengan keadaan sekeliling yang bersih.

Sumber Gambar : www.sisgee.com
Korang boleh juga baca pengalaman dari ahli TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR sendiri yang berkunjung di Pantai Pandak bersama keluarga beliau.


Semoga perkongsian ini berguna untuk mereka yang merancang nak bercuti di Terengganu nanti!!

No comments:

Post a Comment