DANA NEGERI TERENGGANU- PROGRAM BAKTI REMAJA


DANA NEGERI TERENGGANU | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Untuk pengetahuan anak-anak Negeri Terengganu setiap tahun Kerajaan Negeri Terengganu akan membuka permohonan online Dana Negeri Terengganu. Untuk waktu ini permohonan online Dana Negeri Terengganu hanya dibuka untuk Program Bakti Remaja bagi FASA 1 sehingga tarikh tutup pada 4 Januari 2018.  Web rasmi iDANATTB ini dimudahkan dengan memasukkan semakan no kad pengenalan tuan/puan, kemudian pilihan bantuan di sini tuan/puan dapat menyemak syarat kelayakan dan manual pengguna atau cara-cara memohon dengan lebih terperinci.

Program Bakti Remaja ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu :
1. Saf Orang Muda (som)
2. Komuniti orang muda (kom)
3. Sukan Orang Muda (sukom)
4. Perantau Orang Muda (prom)

Syarat Utama adalah berumur 21 tahun hingga 40 tahun dan belum berkahwin.
Jika ingin tahu lebih lanjut syarat-syarat lain untuk melayakkan diri untuk memohon dana ini korang boleh semak syarat di bawah :

Syarat Kelayakan - Saf Orang Muda (SOM)

SOM mahu membentuk orang muda yang berakhlak terpuji serta berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam yang sebenar. SOM berhasrat mahu melengkapkan kehidupan generasi muda Muslim dengan amal ibadat yang sempurna. SOM memantapkan program keagamaan dengan cara yang lebih berkesan. Program seperti pengurusan jenazah, penyembelihan halal, tadarus al-Quran, tayangan video da Qiamullai boleh dijayakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Yayasan Islam Terengganu dan Jawatankuasa Masjid. SOM mampu menjayakan prinsip TTB ke-2 iaitu menyemarakkan masjid dan surau sebagai sumber penyatuan masyarakat
1.
Rakyat Negeri Terengganu
(Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri
Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
2.
Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan (berdasarkan
gaji pokok).
3.
Pemohon yang belum berkahwin pada tarikh pengisian borang.
4.
Berumur di antara 21 hingga 40 tahun.
5.
Hendaklah menjadi ahli dalam salah satu badan sukarela dalam Negeri Terengganu.
6.
Hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
7.
Pemohon wajib mendaftar sebagai Daftar Pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada
pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa) .
8.
Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke
semasa tanpa sebarang notis.

Syarat Kelayakan - Komuniti Orang Muda (KOM)

KOM memupuk semangat kerjasama dan melahirkan masyarakat penyayang di kalangan orang muda. KOM diaktifkan dengan pelbagai program termasuklah gotong-royong, kunjungan muhibbah dan aktivit kemasyarakatan. KOM bekerjasama dengan ramai pihak termasuklah Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kelab Rukun Tetangga (KRT) dan pertubuhan belia. Sesuai dengan prinsip TTB ke-7, Seruan Perpaduan, harapan KOM adalah mahu melahirkan generasi orang muda yang prihatin, cakna dan membina perpaduan unggul di kalangan masyarakat

1.
Rakyat Negeri Terengganu
(Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri
Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
2.
Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan (berdasarkan
gaji pokok).
3.
Pemohon yang belum berkahwin pada tarikh pengisian borang.
4.
Berumur di antara 21 hingga 40 tahun.
5.
Hendaklah menjadi ahli dalam salah satu badan sukarela dalam Negeri Terengganu.
6.
Hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
7.
Pemohon wajib mendaftar sebagai Daftar Pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada
pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa) .
8.
Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke
semasa tanpa sebarang notis.

Syarat Kelayakan - Suka Orang Muda (SukOM)

SukOM meraikan hasrat golongan muda dalam pelbagai lapangan sukan seperti bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw, badminton, boling, sukan air dan permainan tradisional. SukOM membentuk generasi muda yang sihat dan cergas betepatan dengan jolokan Terengganu Kuasa Baru Sukan Negara. SukOM menganjurkan pelbagai program berkaitan sukan seperti pertandingan, lawatan dan latihan bagi mencungkil bakat orang muda. SukOM menjalinkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) serta persatuan-persatuan sukan negeri dan kebangsaan. 

1.
Rakyat Negeri Terengganu
(Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri
Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
2.
Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan (berdasarkan gaji
pokok).
3.
Pemohon yang belum berkahwin pada tarikh pengisian borang.
4.
Berumur di antara 21 hingga 40 tahun.
5.
Hendaklah menjadi ahli dalam salah satu badan sukarela dalam Negeri Terengganu.
6.
Hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
7.
Pemohon wajib mendaftar sebagai Daftar Pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada
pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa) .
8.
Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke
semasa tanpa sebarang notis.

Syarat Kelayakan - Perantau Orang Muda (PROM)

PROM aktiviti Kerajaan Negeri bersama anak-anak Terengganu yang menetap atau belajar diluar negeri Terengganu.
1.
Rakyat Negeri Terengganu
(Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri
Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
2.
Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan (berdasarkan gaji
 pokok).
3.
Pemohon yang belum berkahwin pada tarikh pengisian borang.
4.
Berumur di antara 21 hingga 40 tahun.
5.
Hendaklah menjadi ahli dalam salah satu badan sukarela dalam Negeri Terengganu.
6.
Hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
7.
Pemohon wajib mendaftar sebagai Daftar Pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada 
pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa) .
8.
Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke 
semasa tanpa sebarang notis.

Untuk lebih lanjut dan permohonan tuan/puan boleh klik sini banner di atas atau klik --> http://danattb.terengganu.gov.my/. Fahami dan lengkapkan kemudian selesaikan arahan yang diberikan.


Sekian, perkongsian.
[ artikel di tulis oleh : Shalimar Yusof  #BPT]

1 comment:

  1. bagus dana ni sangat membantu mereka yg susah... harap dana yang diberikan dpt diagihkan dengan bijaksana

    ReplyDelete

Pages